Friday, December 30, 2011

A journey to remember

(Sila baca entry kali ini seolah-olah anda sedang membaca pantun)hahaha demand lebih bhai!


Orang tua minum teh tarik,
Makan pinang dengan dauh sirih,
Tengok gambar hati tertarik,
Bermulalah perkenalan di laman MYSPACE.


Disebatang sungai ada titi,
Bawah titi ada ikan keli,
Hari-hari aku menanti,
Sampai nak duduk pun tak senang hati.


Anak Raju bernama Gopal,
Gopal disayangi Raju dan isteri,
Setelah lama kami berkenal,
Nombor telefon mula diberi.


Buat jahat jangan sekali,
Buat baik berpada-pada,
Bila mesej setiap hari,
Terasa pula ingin berjumpa.


Negeri Pahang banyak gajah,
Gajah-gajahnya jinak sekali,
Jauh perjalanan menuju ke TAPAH,
Untuk berjumpa kekasih hati.


Kalau lapar makanlah megi,
Makan megi kari berapi,
Baru jumpa dah jatuh hati,
Berharap agar si dia sudi.


Naik motor pergi kekelas,
Pakai helmet bewarna putih,
Bila cinta mula dibalas
Akhirnya kami menjadi kekasih.


Jangan makan tak ingat dunia,
Nanti perut menjadi bulat,
Doakan kami agar berbahagia,
Berkekalan hingga keakhir hayat.
-TAMAT-

*mengisi masa lapang dengan mencipta pantun ini*



NOTA 'BER'KAKI-aku tidak pandai mereka pantun,jadi jangan ketawakan aku=.='
                                  sekurang-kurangnya aku mencuba,korang ada?haha loser!^_^


Teruknya pantun aku!ergh:@


P/S Takdir kita telah ditentukan-NYA

2 comments: