Rokok?wah nikmatnye..pertama kali aku cube merasa mu,seakan-akan mahu muntah.tekak aku loya.sama sekali tidak dapat menerimamu seadanya.tapi aku sedaya upaya menghisapmu bersungguh-sungguh hingga hilang perasaan loya aku tu.sedutan pertama semasa aku berumur 15 tahun.Aku ingat lagi tempat pertama aku mule-mule menghisap dikau,dengan perasaan ingin tahu aku,aku pun belilah kau.bawa kau ke satu tempat ni dan bermulalah titik-titik hitam dalam hidup aku.sedutan pertama membuat aku batuk-batuk,haha rase kelakar bile aku ingat balik time tu.dah la xreti hisap pastu boleh pulak aku hisap sorang-sorang.hisap mase tu pun dalam keadaan takut.takut orang nampak.haish,rosak2 aku ni.nak kata pengaruh rakan,xde sape pun yang pernah ajar aku buat benda tu tp apa kan daya.aku tewas melawan nafsu aku time tu.kawan-kawan aku pun terkejut yang aku ni hisap rokok.muke je baik,perangai xdelah bek mane.rokok pertama aku beli,satu kotak winston filter.hahaha bayangkan 1st time hisap,aku dah hisap filter mane xnye terbatuk-batuk aku.orang kalau baru nak belajar hisap rokok mestilah hisap yang ringan-ringan dulu.pelik-pelik je aku ni.erm,kemudian semakin hari aku rase sangap pulak hisap rokok ni.yang paling 'mantong' aku hisap waktu kat masjid negara.pergh!terbaik ah time tu.tapi cube korang bayangkan betapa hinanye aku time tu.orang pergi sane buat solat hajat,aku kat situ hisap rokok.alahai,bodohnye aku.ape yang nak dibanggakan sangat dengan rokok tu wei?hisap macam nak mampus,sampai pening-pening.jalan pun terhuyuung-hayang.cigarrete,u change my life.u make me suffer.i hate u shit.why dont u just go away from my life.please!!i'm begging u.i want to live in the healthy way dude.*****!hurm,nikmat rokok ni hanya sementara.ini semua hanyalah nikmat palsu semata-mata.kenapalah aku gatal sangat nak hisap rokok.memang rokok ni dicipta untuk menghancurkan hidup seseorang tu.aku tahu merokok ni xkan mendatangkan faedah.aku taw rokok ni bahaya untuk kesihatan.aku belum boleh berfikiran jauh lagi time tu.aku hanya memikirkan nikmat sementara sahaja.kesannye aku xdapat memikirkan.aku sanggup menipu mak aku hanya kerana rokok.aku bodoh,aku hina,aku binatang,aku sedar semua tu.berapa lama aku tipu mak aku,akhirnye terbongkar juga rahsia aku ini.berselindung selama 3 tahun,menafikan ape yang mak aku cakap.aku taw yang aku tipu tapi aku masih cube menutup kesalahan aku tu.huh,dosa bertimbun-timbun.kerana rokok mak aku menangis.anak jenis ape aku ni?derhaka aku kat mak aku.aku menyesal,penyesalan aku ni sudah terlambat ke?aku masih boleh berubah ke?semua atas kehendak diri aku.mak aku suruh aku berhenti hisap rokok,mak aku cakap'ayah kerja penat,adib janganlah guna duit tu untuk beli rokok'.nak menitis air mata aku.baru aku sedar,duit hasil penat lelah bapak aku,aku bakar begitu sahaja.aku sedar aku buat salah dan aku masih belum berubah.aku masih lagi menghisap rokok.bahkan sekarang lebih teruk dari dulu.aku sekarang menjadi perokok tegar,sepanjang masa aku akan hisap rokok.asal ade ruang je,aku akan curi kesempatan tu untuk hisap rokok.kalau dekat ipta ni,lagi lah teruk.celik je mata pagi-pagi,rokok yang aku capai dulu.haha bangang2.nak cepat mati ye adib?dah xsayang nyawa ke?oo mungkin adib da hidup lama kot,tnggu ajal je datang.erk tapi aku xnak mati kerana rokok.haa taw pun,bistu kenapa kau hisap rokok macam nak mampus?maknenye ko dah xsayang nyawa kau la tu..xsangke aku boleh bercakap dengan diri aku sendiri ye.tapi ape yang aku cakap sorang-sorang tu ade masuk akal jugak.soal mati tu mmemang aku fikirkan,janganlah aku mati kerana penyakit yang berpunca dari rokok.kadang-kadang sebelum aku tidur aku sesak nafas.Ya ALLAH,sakitnye dada aku mase tu.tuhan je dapat mendengar suara kecil aku.seakan-akan ajal aku sudah sampai masa tu.batuk-batuk itu perkara biasa.inilah agaknye kesan daripada merokok.mungkin juga ini balasan aku menipu mak aku selama ini?tuhan nak tunjukkan aku sesuatu.ade hikmahnye,sudah tiba masenye untuk aku berhenti merokok.aku dah lame sangat menderita sakit dada ni,cume aku xbgtaw kat sape-sape pun.aku sedih mengenang nasib aku.aku sendiri yang memilih jalan singkat ke kubur.kenapa baru sekarang aku nak sedar?aku tetap bersyukur kerana sekuran-kurangnye aku mempunyai kesedaran.rokok ni pemusnah,dah tu membazir pula.Aku berjanji satu hari nanti aku akan berhenti juga menghisap rokok walaupun aku sendiri taw bknnye mudah nak berhenti kalau dah menjadi perokok tegar ni.demi mak aku,aku akan usahakan juga.aku dah xsanggup menderita menahan kesakitan.dada aku bagai dihiris-hiris pisau.huh aku hanya mampu tersenyum menerima ape jua dugaan yang perlu aku tempuhi.kalau dah memang ajal aku,terima je lah.tapi kalau umurku masih panjang,aku xnak dah membunuh diri aku dengan menghisap rokok.janganlah aku berganjak ke benda lain,aku dah serik.aku dah xnak lagi mencuba benda yang aku taw akan merosakkan hidup aku.Bantulah aku untuk berubah,aku betul-betul ingin berubah dan menjalani hidup yang lebih baik.aku xnak makin bertambah penyakit yang berpunca daripada rokok ni sedangkan sakit dada ni pun aku xmampu nak hadapai.mak...adib minta maaf ye adib dah tipu mak,adib janji adib akan berhenti hisap rokok.tapi adib berhenti perlahan-perlahan la ye.sayang mak:')
hey smoker,maybe u will not realise yet but better stop if u can make it.take care of your lung,live in a healthy way man.love ya!