Monday, August 30, 2010

Malaysiaku Merdeka!

Malaysia bebas daripada belenggu penjajah pada 31Ogos1957.Tarikh ini penting dalam jiwa rakyat Malaysia.Terbentuklah sebuah negara yang diberi nama Tanah Melayu sebelum diubah menjadi Malaysia.Kita sudah 53 tahun merdeka pada tahun ini.Hidup pun sudah senang-lenang,semuanya adalah hasil dariapada darah-darah pejuang tanah air kita.Perjuangan yang bertahun lamanya akhirnya membuahkan hasil.Negaraku,tanah tumpahnya darahku.besarnya pengorbanan pejuang-pejuang negara.Tanpa mereka,kita mungkin tidak boleh hidup dalam kebebasan sekarang ini.Kita sudah lama bebas dari penjajah tapi adakah minda kita juga sudah bebas?hurm,rasenye belum lagi.kita masih lagi terikat pada unsur-unsur yang bercirikan barat.Anak muda zaman sekarang mengangkat-angkat negara barat malah bermegah-megah dengan gaya kehidupan orang barat.Apa yang telah terjadi,negara dah merdeka tapi diri kita?kenapa kita perlu memandang ke barat?Hebat sangatkah mereka sehingga anda menyanjung-nyanjung negara sana.Mereka maju kerana kita,kita yang tolong mereka.Kita sibuk memajukan negara lain sedangkan negara kita pun masih belum mencapai tahap kemajuan yang tinggi.Muda-mudi,sedarlah anda pelapis negara.Bangkitlah dari tidur,jagalah dari mimpi.Majukan negara mu.Beringatlah,walaupun pada hakikatnya kita sudah merdeka tetapi disekeliling kita bersepah warga-warga penjajah.Bila-bila saja kita boleh dijajah kembali.OI nasionalisme,pertahankan negaramu.Negara kita dihina?Hurm,mereka tidak pernah mengenang jasa negara kita.Oh pengkhianat negara,engkau tidak pernah berasa bersyukur dengan apa yang engkau ada.Engkau mahukan sesuatu yang tidak mungkin menjadi kenyataan.Engkau menjatuhkan nama negara.Engkau tidak pernah menghargai apa yang engkau dapat.Hari ini engkau bergembira diluar sana,memburuk-burukkan nama negara,Esok lusa,engkau juga yang akan menyesal.Bebas tidak bermaksud boleh berbuat sesuka hati.Jangan gunakan istilah itu untuk anda melakukan benda yang salah.Merdeka kita kerana usaha bukan dengan merayu-rayu.Titisan-titisan darah meresap kedalam bumi,hilang pada pandangan tapi perjuanganmu menjadi ingatan.Bukan senang untuk mendapat kebebasan dan bukan susah untuk dijajah kembali.Mana hilang semangat patriotik?terapkanlah ia kedalam jiwa.Kibarkanlah bendera mu dengan megah!
merdeka!merdeka!merdeka!

No comments:

Post a Comment